Kenali Servis Kereta Sewa Terbaik Di Penang
Kereta Sewa Penang menawarkan perkhidmatan sewa kereta yang terbaik di Penang dan Kedah yang merangkumi perkhidmatan drop-off dan pick-up di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang dan Lapangan Terbang Alor Setar.
Dimiliki oleh syarikat SCR Group, kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan daripada kenderaan kecil dan kompak, sedan, MPV / SUV, high end MPV, pacuan 4 roda atau 4×4, dan juga van. Malah, kami juga menyediakan kereta kontinental sekiranya ada yang berhajat untuk menyerikan majlis penting seperti majlis perkahwinan dan keraian bersama VVIP.